Monday 13 June 2011

'Test Run Bus' untuk penetap luar UNIMAS : Hadiah drpd MPP !


          Pada 13 April 2011, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan satu perjumpaan dengan pelajar yang tidak mendapat kolej dan menetap di desa ilmu. Perjumpaan tersebut diadakan di BS2, CTF1. Seramai 35 orang penetap luar UNIMAS telah menghadirkan diri.
Melalui perjumpaan ini, pihak MPP berjaya mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh penetap luar UNIMAS, khususnya mereka yang menetap di Desa Ilmu. Isu utama yang dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut adalah keselamatan bagi pelajar yang terpaksa berjalan kaki dari Desa Ilmu ke kampus timur, UNIMAS. Menurut aduan yang diterima, ramai pelajar perempuan diganggu secara seksual oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali di semak samun berhadapan pagar utama kampus timur UNIMAS. Isu yang kedua ialah kesukaran untuk bergerak ke UNIMAS terutamanya semasa hujan.
Selain mengupas masalah-masalah yang dialami oleh penetap luar UNIMAS, pihak MPP juga telah melakukan ‘test run’ bas  ke Desa Ilmu setelah selesai perjumpaan.  ‘Test run’  ini bertujuan untuk memperolehi maklumat tentang laluan yang sesuai sebagai sumber informasi tambahan untuk kegunaan pada masa hadapan. Melalui ‘test run’ ini, pihak MPP telah mengenal pasti beberapa lokasi perhentian yang sesuai berdasarkan statistik jumlah pelajar  yang  ramai turun di tempat tersebut. Masa perjalanan bas dari depo bas kampus timur ke Desa Ilmu mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Secara kesimpulannya, perjumpaan seperti ini wajar dijalankan setiap tahun agar pihak MPP lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menetap di luar kampus dan bersama-sama memikirkan cara penyelesaian dan pendekatan yang lebih sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.



‘Membudayakan Kesarjanaan Mahasiswa dan Perpaduan Sejagat’
 Laporan ‘Perjumpaan MPP dengan Penetap Luar UNIMAS’
Oleh: Jasmin binti Mazelan
Exco Pengangkutan, Penempatan dan Keselamatan






Saturday 11 June 2011

UNIMAS antara 200 terbaik Asia !

Keratan Harian Metro, Selasa 7 Jun 2011



Akhbar Sarawak Review juga melaporkan :  
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disenaraikan antara 200 Universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini. Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan bahawa faktor Universiti muda dan terpencil dari arus permodenan bukan mejadi alasan untuk Unimas berdiri setanding dengan universiti terbaik yang lain di Asia.
Berita baik ini telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid. Menurut beliau, penganugerahan  ini merupakan hasil daripada usaha warga Unimas yang sentiasa memberi tumpuan khusususnya dalam meningkatkan profil Universiti itu di peringkat antarabangsa.
Dalam masa yang sama, aktiviti penyelidikan yang aktif serta peningkatan kualiti pada setiap usaha sama yang dijalankan turut menyumbang kepada penganugerahan ini.
“Kita telah memberi tumpuan terhadap kualiti dalam semua aspek Core Business kita. So sebab itu kita telah melihat dari segi Bench-Mark kita setiap apa yang kita buat, melihat kepada pencapaian yang dibuat oleh Universiti-Universiti lain. Jadi syukurlah dengan usaha kita selama tiga tahun lepas telah membuahkan hasil. Very pleasant surprise for us. Actually we don’t expect. Alhamdulillah” kata Prof. Datuk Dr. Khairuddin Hamid
Tambah beliau, Unimas kini dalam rangka untuk menjadikan Universiti itu sebagai  salah sebuah Universiti penyelidikan di negara ini menjelang 2015.
“Jadi, fasa seterusnya adalah untuk mencapai kecemerlangan. Mulai sekarang hingga tahun 2015, matlamat kita adalah untuk mencapai kecemerlangan dengan kata lain untuk mencapai status Universiti penyelidikan pada tahun 2015.
Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS. Untuk pengambilan sesi kedua ini, seramai 611 pelajar telah dipilih daripada 10, 000 yang memohon untuk mengikuti program asasi sains.
Jumlah ini juga telah meningkat lebih 50 peratus jika dibandingkan dengan jumlah kumpulan pertama pada tahun lepas, hanya seramai 260 orang pelajar. Peningkatan jumlah ini  telah mebuktikan bahawa program asasi sains Unimas ini dikenali oleh masyarakat dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan di kalangan ibu bapa.
Kebanyakan pelajar yang ditemui  melahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program asasi sains di UNIMAS, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga.
“Ini merupakan kali pertama saya datang ke sarawak dan saya berharap saya akan dapat belajar dengan baik dan dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di sini”, kata Nor Eizzah Lia Mohd. Nafi, pelajar Program Asasi Sains Hayat.
Bagi Mohd. Iqbal pula, terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS merupakan pengalaman yang paling menyeronokan.
“Datang ke Sarawak seorang diri memberikan saya satu pengalaman yang menyeronokan kerana apa yang saya dapat adalah saya dapat pergi ke satu tempat yang baru, saya dapat belajar untuk berdikari, belajar jauh daripada kluarga, untuk mencapai cita-cita saya sendiri” katanya.

Buletin Minda Pemimpin Pelajar (MPP)

Muka depan Bil 01
Muka belakang Bil 01

Artikel Saudara YDP MPP UNIMAS disiarkan dalam Berita Harian

Artikel ini telah disiarkan dalam Berita Harian, VARSITI Bil 71, 19 – 25 Mei 2011



Palestin Perlu Sokongan Antarabangsa

MPP UNIMAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama golongan mahasiswa untuk memperingati peristiwa yang sangat menyayat hati yang berlaku pada bulan Mei 1948. Untuk pengetahuan, bulan Mei 2011 ini genap 63 tahun Negara Palestin hilang dalam peta dunia akibat daripada pengisytiharan Negara Israel ataupun lebih jijik dikenali sebagai ‘Hari Kemerdekaan Israel’. Hari yang dikenali sebagai Nakbah ini terjadi apabila Rejim Zionis Israel telah mengubah paradigma dunia kononnya mereka memperjuangkan kemerdekaan sedangkan secara hakikatnya mereka telah menodai tanah dan jiwa rakyat Palestin dengan mengusir penduduknya dari tanah tumpah darah mereka. Peta Negara Palestin digantikan dengan Negara Israel dalam keadaan 800 000 rakyat Palestin dipaksa meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
  
Perjuangan membela dan membebaskan rakyat Palestin semakin signifikan dalam jiwa rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan tragedi serangan besar-besaran keatas Gaza pada Disember 2008 sehingga suku pertama tahun 2009.  Dalam keadaan luka yang masih berdarah, dunia terus dikejutkan dengan tragedi ‘Mavi Marmara’ dalam misi ‘Freedom Flotilla’ pada pertengahan tahun 2010 yang lepas yang menyaksikan kekejaman komando Israel membunuh 9 orang aktivis kemanusiaan misi ini di perairan antarabangsa. Peristiwa ini sangat memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana ianya turut melibatkan 12 aktivis kemanusiaan Palestin dari Malaysia. Jika sebelum ini rakyat Malaysia kurang merasai perasaan kekitaan dalam perjuangan membela rakyat palestin, kali ini persepsi tersebut 360 darjah telah berubah dek kerana komando Israel tersebut turut menyerang aktivis dari Malaysia yang menyertai konvoi tersebut. Rakyat Malaysia telah merasai perasaan cemas, geram dan benci akibat daripada serangan Komando Israel !  MPP UNIMAS mengucapkan tahniah kepada 12 aktivis dari Malaysia yang menyertai konvoi ini kerana anda telah memberi pengajaran yang sangat berguna kepada kami untuk merasai betapa kami perlu bangkit untuk membela dan membebaskan rakyat Palestin. 

MPP UNIMAS juga percaya bahawa rakyat Malaysia turut merasai gelombang perubahan yang berlaku di dunia Arab pasca 2011 ini. Teori ‘bakar diri’ yang bermula di Tunisia yang akhirnya menumbangkan diktator Ben Ali di Tunisia terus merebak ke Mesir. Siapa sangka Rejim Hosni Mobarak akan runtuh dalam keadaan yang sangat hina setelah lebih 30 tahun menzalimi masyarakat dunia.  Kebangkitan rakyat Negara-negara Arab ini sebenarnya telah memerdekakan mereka daripada kutukan dan tohmahan masyarakat dunia yang ditimpa kepada mereka kerana dinaungi oleh rejim-rejim Arab yang melindungi Israel. Kini, mereka mula lantang menebus maruah yang tercalar di tanah air mereka dan juga di bumi kesayangan mereka, Palestin. Dunia pula semakin lantang menyuarakan pandangan dan memberikan ruang yang semakin luas kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka. Hal ini dapat dilihat apabila persepsi masyarakat dunia terhadap Israel sudah berubah. Masyarakat semakin cerdik menilai. Israel ataupun dikenali sebagai ‘Rogue State’ ini berhadapan dengan cemuhan dan bantahan pemimpin dunia. Sehinggakan senario pasca Israel mula dibahas oleh penganalisis konflik Palestin-Israel atas unjuran entiti Israel bakal lenyap dari lanskap politik timur tengah.

Dalam hanya beberapa bulan sahaja, satu berita gembira telah diumumkan apabila Menteri Luar Mesir telah memberi jaminan untuk membuka sempadan Rafah ke Gaza dalam masa yang terdekat. Sempadan tersebut adalah merupakan pintu penting kepada pembebasan kepungan Israel ke atas Gaza yang sudah melewati lima tahun. Kepungan yang juga dikenali sebagai ‘penjara terbesar dunia’ ini telah menyebabkan bantuan makanan, perubatan dan infrastruktur tidak boleh memasuki Gaza sedangkan dalam masa yang sama, rakyat Gaza diserang bertubi-tubi dari luar kepungan. Berita yang lebih menggembirakan ialah persetujuan HAMAS dan FATAH dalam membentuk kerajaan perpaduan. MPP UNIMAS sangat teruja dengan berita ini memandangkan pada awalnya kedua-dua parti ini kelihatan mustahil untuk bekerjasama akibat daripada perjanjian-perjanjian damai yang seringkali gagal. MPP UNIMAS melihat peristiwa bersejarah ini adalah indikator yang jelas menunjukkan bahawa  pengaruh Israel semakin lemah dan rakyat Palestin terus mendapat sokongan masyarakat dunia. 

MPP UNIMAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Mesir atas keputusan untuk membuka sempadan Rafah. MPP UNIMAS juga mengalu-alukan kerajaan perpaduan HAMAS-FATAH seperti yang disebutkan oleh Khaled Meshaal dalam pengesahan perjanjian damai antara Hamas dan Fatah
 “Matlamat kita ialah untuk menubuhkan sebuah Negara Palestin yang benar-benar berdaulat lagi bebas di bumi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang ibu negaranya di Jerusalem, tiada langsung penempatan haram yahudi dan tidak langsung menyerahkan walau seinci pun bumi Palestin dan tanpa mengalah dalam mempertahankan hak pelarian Palestin dalam kembali ke tanah airnya”. 

Gagasan baru ini dilihat dapat menjadi medium penting kepada penyatuan rakyat Palestin dalam membebaskan diri dari cengkaman rejim Zionis. Di peringkat mahasiswa, MPP UNIMAS melihat perkara ini sebagai satu inspirasi untuk kami terus menggiatkan usaha dalam memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai kezaliman yang telah berlaku kepada rakyat Palestin. MPP UNIMAS juga bersedia untuk berkolaborasi dengan IPT serta agensi kerajaan mahupun swasta bagi memastikan agenda pembebasan dan pembelaan rakyat Palestin menjadi agenda utama dalam diri golongan belia negara Malaysia.

Muhammad Mus'ab bin  Muzahar
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Artikel ke 2 Saudara YDP MPP disiarkan dalam Berita Harian
Jadikan Tragedi Negara Lain Sebagai Iktibar

Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian, Varsiti 26 Mei - 1 Jun

   

Exco Akademik dan Kaunseling

Exco Akademik dan Kaunseling

Nama : Ahmad Syafiq Haqim b. Sarip
Exco Akademik dan Kaunseling
Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Pembuatan (tahun2)
Fakulti : Kejuruteraan
Asal : Terengganu

Exco Kerjaya, Keusahawanan dan Inovasi

Exco Kerjaya, Keusahawanan dan Inovasi

Nama : Lyon Mackenzee Anak Louis
Exco Kerjaya, Keusahawanan dan Inovasi
Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan  (Tahun 2)
Fakulti : Perubatan dan Sains Kesihatan
Asal : Sarawak

Exco Kesihatan, Sukan dan Rekreasi

Exco Kesihatan, Sukan dan Rekreasi

Nama : Muhd Ruhaizat b Rusli
Exco Kesihatan, Sukan dan Rekreasi
Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Tahun 2)
Fakulti : Seni Gunaan dan Kreatif
Asal : Kedah

Exco Kesenian, Kebudayaan dan Perpaduan

Exco Kesenian, Kebudayaan dan Perpaduan

Nama : Leong Sin Ye
Exco Kesenian, Kebudayaan dan Perpaduan
Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Tahun 1)
Fakulti : Ekonomi dan Perniagaan
Asal : Perak

Friday 27 May 2011

Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasional

Keratan akhbar Harian Metro 13 Jun 2011
Pada 19-22 mei 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasional. Program ini telah disertai oleh 18 wakil MPP IPTA seluruh Malaysia. Wakil MPP UNIMAS telah dijemput unutk menyertai program ini dan 3 orang MPP UNIMAS iaitu Yang Di-Pertua, Setiausaha Agung serta Exco Kesenian, Kebudayaan & Perpaduan telah menghadiri program tersebut yang telah berlangsung di USM.

Pada hari pertama, wakil MPP UNIMAS telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi bersama wakil MPP Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tiba di destinasi pada jam 5.10 petang. Setibanya di sana, pendaftaran diri dan tempat penginapan dilakukan. Pada jam 8.00 malam, wakil MPP IPTA dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam yang telah disediakan oleh AJK pelaksana program ini. Selepas majlis makan malam, semua wakil MPP IPTA telah di bawa bersiar-siar sekitar Bandar Pulau Pinang.

Pada hari kedua, taklimat Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasioanal telah dijalankan. Taklimat mengenai dewan Perundingan Pelajar USM juga turut dijalankan. Pada jam 11.00 pagi, Majlis Perasmian program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Sesi pertama program ini telah di maanfatkan bersama Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia, Yang Bahagia Profesor Dato’ Omar Osman. Dalam sesi ini, wakil MPP mendapati, sokongan daripada pihak Universiti amat penting bagi merealisasikan pembentukan Parlimen Mahasiswa di peringkat IPTA masing-masing. Sesi kedua diteruskan bersama Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Yang Bahagia Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Dalam sesi ini, dapatan yang diperolehi adalah mahasiswa ketika ini harus diberi peluang unutk bersuara pada medan yang bagus. Ianya satu usaha untuk memupuk modal insan generasi muda yang lebih mantap.

Pada hari ketiga 21 Mei 2011, sesi ketiga dijalankan bersama Penasihat Undang-Undang UiTM dan Penasuhat Undang- Undang APEX USM, Yang Bahagia Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi. Pada sesi ini, kami didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai AUKU dan undang-undang Malaysia. Selain itu, kami dibahagikan bebrapa kumpulan bagi menjayakan bengkel Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan NAsioanal. Antara pengisian bengkel yang dijalankan adalah model, prinsip dan matlamat, pengurusan usul, keahlian dan standing order di peringkat IPTA dan Nasional.


YDP MPP, Saudara Mus'ab ketika memberi pendapat beliau mengenai draft SOP Parlimen Mahasiswa

Pada hari terakhir, pembentangan hasil perbincangan kumpulan dilakukan dan sesi soal jawab mengiringi sesi pembentangan ini. Pada jam 11.00 pagi, upacara majlis penutupan dijalankan dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia.

YDP MPP menerima sijil penyertaan daripada TNC USM, Prof Dato Omar Osman


Secara keseluruhannya, program ini bermanfaat bagi semua wakil MPP IPTA untuk mendapat pendedahan awal bagi menubuhkan Parlimen Mahasiswa di peringkat IPTA dan sekaligus merealisasikan impian pembentukan Parlimen Mahasiswa di peringkat Nasional. Tambahan pula, wakil MPP UNIMAS dapat membina hubungan dan bertukar pendapatan serta idea mengenai pembentukan Parlimen Mahasiswa dengan MPP IPTA lain memandangkan hampir keseluruhan wakil MPP IPTA lain turut hadir dalam program ini. Perancangan yang terapi dan tersusun harus diamalkan bagi menjadikan pembentukan Parlimen Mahasiswa kurang berhadapan konflik. Selain itu, sokongan daripada pihak Universiti juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan Parlimen Mahasiswa di peringkat IPTA mahupun Nasional. Parlimen Mahasiswa merupakan satu usaha yang murni bagi membolehkan mahasiswa bersuara dalam kondisi yang baik. Iannya juga dapat membentuk sahsiah mahasiswa yang berwibawa.

Siti Fairus Binti Yahaya
Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2010/2011

Harian Metro juga melaporkan :


CADANGAN pembentukan Parlimen Mahasiswa di peringkat nasional bagi membolehkan perbincangan secara teratur dan berstruktur mengenai pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan isu-isu yang membabitkan mereka mendapat persetujuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap institusi berkenaan.
Persetujuan itu dinyatakan dalam memorandum pembentukan Parlimen Mahasiswa peringkat nasional hasil perbincangan 112 ahli MPP mewakili 18 IPTA di negara ini sempena Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa peringkat IPTA dan nasional di Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini.
Semua IPTA kecuali Universiti Malaya menghadiri konvensyen empat hari itu dan bersetuju dengan pembentukan Parlimen Mahasiswa pada peringkat IPTA masing-masing seperti mana yang dipelopori USM.

Memorandum berkenaan diserahkan Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Sidang 2010/2011 yang juga Yang Dipertua MPP Universiti Teknologi Malaysia, Wan Ahmad Hazman Wan Daud kepada wakil Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Omar Osman.


Wan Ahmad Hazman, berkata langkah bagi membentuk Parlimen Mahasiswa peringkat nasional dilihat secara positif oleh setiap perwakilan.

“Parlimen Mahasiswa perlu wujud bukan saja di peringkat nasional malah di setiap IPTA bagi membolehkan hak dan suara mahasiswa mendapat perhatian sewajarnya.

“Saya pasti ia akan memberi kesan yang positif kepada pelajar sekali gus menggalakkan lagi usaha meningkatkan lagi keprihatinan mahasiswa terhadap pelbagai isu semasa,” katanya.

Dr Omar yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM pula berkata, memorandum itu akan diserahkan untuk dikaji dan dipertimbangkan Menteri Pengajian Tinggi.

“Kita berbangga kerana inisiatif penghasilan Parlimen Mahasiswa yang dicetuskan USM diterima baik semua MPP di peringkat IPTA dan USM sedia membantu dalam usaha merealisasikannya.

“Langkah mewujudkan parlimen itu penting bagi membolehkan pelajar terbabit secara aktif bukan saja dalam membincangkan isu berkaitan pelajar tapi juga pembangunan negara,” katanya.

Selain isu kebajikan pelajar, Parlimen Mahasiswa peringkat nasional turut menjadi wahana perbahasan isu dalam dan luar kampus sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

Saturday 26 March 2011

Earth Hour 2011 : UNIMAS Support!

Tanggal 26 Mac 2011, satu program telah dijalankan oleh pihak MPP bagi menunjukkan sokongan yang padu kepada kesedaran manusia kepada bumi tercinta. Program yang diberi nama "Earth Hour 2011 : UNIMAS Support!"  menyeru mahasiswa UNIMAS untuk bersama-sama menjayakan satu acara peringkat nasional dimana setiap tahun, lampu akan dipadamkan selama 60 minit bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti persembahan nyanyian lagu akustik, nyanyian lagu nasyid, tarian "Sign Language" dan acara menyalakan lilin yang dibentuk sebagai angka "60" melambangkan 60 minit lampu dipadamkan.
Program berlangsung bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada 11.00 malam.

Banner "Earth Hour 2011: UNIMAS Support!"

Nyanyian Lagu Negaraku oleh Tetamu Kehormat bersama Majlis Tertinggi MPP UNIMAS serta Pengarah Projek "Earth Hour 2011: UNIMAS Support!"

Ucapan Pengarah Projek "Earth Hour 2011: UNIMAS Support!"Jasmin binti Mazelan
Exco Pengangkutan, Penempatan dan Keselamatan
MPP UNIMAS sesi 2010/2011

Upacara "Countdown" sebelum lampu dipadamkan

Nyalaan lilin oleh setiap peserta yang hadir selepas lampu dipadamkan

Nyalaan lilin berbentuk angka "60"

Nyanyian Lagu Akustik

Perasmian Program oleh Dr. Othman bin Bojo



Tarian "Sign Language"

Tandatangan setiap peserta yang hadir

Upacara penutup - Nyanyian lagu oleh Tetamu Kehormat bersama barisan MPP sesi 2010/2011




-Exco Publisiti dan Multimedia
-MPP UNIMAS sesi 2010/2011

Monday 7 March 2011

Kem Sedang Ingin Bercinta - "Kau dan Aku, Kita Satu"

Tanggal 4 Mac 2011, satu program telah dilajankan oleh pihak HEP UNIMAS khas bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIMAS sesi 2010/2011 untuk merapatkan hubungan antara setiap ahli MPP sesi 2010/2011.

Kem tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Objektif program tersebut adalah untuk mendedahkan kesemua prosedur yang wujud di UNIMAS serta tugas-tugas yang harus dilakukan sebagai seorang wakil pelajar UNIMAS. Selain itu, setiap seorang daripada ahli MPP sesi 2010/2011 telah menjalankan beberapa aktiviti lasak bagi mencabar ketahanan mental dan fizikal masing-masing.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertempat di Pusat Latihan Staff UNIMAS dan juga di Gua Fairy dengan kerjasama ahli Kelab Aktiviti Lasak Kuching.

MPP UNIMAS sesi 2010/2011 di Gua Fairy

YDP dan NYDP

MPP UNIMAS sesi 2010/2011 bersama Kelab Aktiviti Lasak Kuchin (KALK)

-Exco Publisiti dan Multimedia
-MPP UNIMAS sesi 2010/2011

Thursday 3 March 2011

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011

Poster Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2010/2011


-Exco Publisiti dan Multimedia
-MPP UNIMAS sesi 2010/2011 

Wednesday 2 March 2011

Majlis Watikah Perlantikan MPP sesi 2010/2011

Tanggal 2 Mac 2011, maka rasminya pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 selepas kesemua dua belas orang ahli mengangkat ikrar untuk menjadi wakil kepada para mahasiswa UNIMAS.

Bacaan ikrar yang diketuai oleh saudara Muhammad Mus'ab bin Muzahar selaku Yang Di-Pertua (YDP) MPP sesi 2010/2011 disaksikan oleh barisan staff UNIMAS termasuk Naib Canselor (NC) UNIMAS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Fatimah binti Abang, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Mohd. Fadzil bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Peter Songan, dan Mantan Yang Di-Pertua MPP sesi 2009/2010, Muhammad Hasbullah bin Md. Najib.

Ketibaan Naib Canselor UNIMAS

Bacaan Doa

Ulasan YDP MPP UNIMAS sesi 2010/2011

Yang Di-Pertua (YDP)
Muhammad Mus'ab bin Muzahar
Fakulti Sains Sosial

Naib Yang Di-Pertua (NYDP)
Hwong Yie Hahn
Fakulti Sains Teknologi Sumber

Setiausaha Agung
Siti Fairus binti Yahaya
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Bendahari Kehormat
Faznur Fateh binti Firdaus@Nicholas
Fakulti Sains Teknologi Sumber


Exco Protokol, Perhubungan Awam dan Antarabangsa
Muhammad Ikram bin Jalil
Fakulti Sains Sosial

Exco Pembangunan Sahsiah dan Modal Insan
Famila Farvin binti Ghulam Dasthagir
Fakulti Sains Teknologi Sumber

Exco Kesihatan, Sukan dan Kesihatan
Muhammad Ruhaizat bin Rusli
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Exco Akademik dan Kaunseling
Ahmad Syafiq Haqim bin Sarip
Fakulti Kejuruteraan

Exco Penempatan, Pengangkutan dan Keselamatan
Jasmin binti Mazelan
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Exco Kesenian, Kebudayaan dan Perpaduan
Leong Sin Ye
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Exco Kerjaya, Keusahawanan dan Inovasi
Lyon Mackenzie anak Louis
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Exco Publisiti dan Multimedia
Hazman bin Awang Kechik
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat


Bacaan ikrar oleh semua ahli MPP sesi 2010/2011

MPP UNIMAS sesi 2010/2011 bersama NC dan TNC UNIMAS

Barisan Exco bersama Majlis Tertinggi MPP UNIMAS sesi 2010/2011

Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2010/2011


-Exco Publisiti dan Multimedia
-MPP UNIMAS sesi 2010/2011