Friday 27 May 2011

Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasional

Keratan akhbar Harian Metro 13 Jun 2011
Pada 19-22 mei 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasional. Program ini telah disertai oleh 18 wakil MPP IPTA seluruh Malaysia. Wakil MPP UNIMAS telah dijemput unutk menyertai program ini dan 3 orang MPP UNIMAS iaitu Yang Di-Pertua, Setiausaha Agung serta Exco Kesenian, Kebudayaan & Perpaduan telah menghadiri program tersebut yang telah berlangsung di USM.

Pada hari pertama, wakil MPP UNIMAS telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi bersama wakil MPP Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tiba di destinasi pada jam 5.10 petang. Setibanya di sana, pendaftaran diri dan tempat penginapan dilakukan. Pada jam 8.00 malam, wakil MPP IPTA dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam yang telah disediakan oleh AJK pelaksana program ini. Selepas majlis makan malam, semua wakil MPP IPTA telah di bawa bersiar-siar sekitar Bandar Pulau Pinang.

Pada hari kedua, taklimat Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan Nasioanal telah dijalankan. Taklimat mengenai dewan Perundingan Pelajar USM juga turut dijalankan. Pada jam 11.00 pagi, Majlis Perasmian program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Sesi pertama program ini telah di maanfatkan bersama Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia, Yang Bahagia Profesor Dato’ Omar Osman. Dalam sesi ini, wakil MPP mendapati, sokongan daripada pihak Universiti amat penting bagi merealisasikan pembentukan Parlimen Mahasiswa di peringkat IPTA masing-masing. Sesi kedua diteruskan bersama Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Yang Bahagia Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Dalam sesi ini, dapatan yang diperolehi adalah mahasiswa ketika ini harus diberi peluang unutk bersuara pada medan yang bagus. Ianya satu usaha untuk memupuk modal insan generasi muda yang lebih mantap.

Pada hari ketiga 21 Mei 2011, sesi ketiga dijalankan bersama Penasihat Undang-Undang UiTM dan Penasuhat Undang- Undang APEX USM, Yang Bahagia Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi. Pada sesi ini, kami didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai AUKU dan undang-undang Malaysia. Selain itu, kami dibahagikan bebrapa kumpulan bagi menjayakan bengkel Pembentukan Parlimen Mahasiswa Peringkat IPTA dan NAsioanal. Antara pengisian bengkel yang dijalankan adalah model, prinsip dan matlamat, pengurusan usul, keahlian dan standing order di peringkat IPTA dan Nasional.


YDP MPP, Saudara Mus'ab ketika memberi pendapat beliau mengenai draft SOP Parlimen Mahasiswa

Pada hari terakhir, pembentangan hasil perbincangan kumpulan dilakukan dan sesi soal jawab mengiringi sesi pembentangan ini. Pada jam 11.00 pagi, upacara majlis penutupan dijalankan dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia.

YDP MPP menerima sijil penyertaan daripada TNC USM, Prof Dato Omar Osman


Secara keseluruhannya, program ini bermanfaat bagi semua wakil MPP IPTA untuk mendapat pendedahan awal bagi menubuhkan Parlimen Mahasiswa di peringkat IPTA dan sekaligus merealisasikan impian pembentukan Parlimen Mahasiswa di peringkat Nasional. Tambahan pula, wakil MPP UNIMAS dapat membina hubungan dan bertukar pendapatan serta idea mengenai pembentukan Parlimen Mahasiswa dengan MPP IPTA lain memandangkan hampir keseluruhan wakil MPP IPTA lain turut hadir dalam program ini. Perancangan yang terapi dan tersusun harus diamalkan bagi menjadikan pembentukan Parlimen Mahasiswa kurang berhadapan konflik. Selain itu, sokongan daripada pihak Universiti juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan Parlimen Mahasiswa di peringkat IPTA mahupun Nasional. Parlimen Mahasiswa merupakan satu usaha yang murni bagi membolehkan mahasiswa bersuara dalam kondisi yang baik. Iannya juga dapat membentuk sahsiah mahasiswa yang berwibawa.

Siti Fairus Binti Yahaya
Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2010/2011

Harian Metro juga melaporkan :


CADANGAN pembentukan Parlimen Mahasiswa di peringkat nasional bagi membolehkan perbincangan secara teratur dan berstruktur mengenai pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan isu-isu yang membabitkan mereka mendapat persetujuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap institusi berkenaan.
Persetujuan itu dinyatakan dalam memorandum pembentukan Parlimen Mahasiswa peringkat nasional hasil perbincangan 112 ahli MPP mewakili 18 IPTA di negara ini sempena Konvensyen Pembentukan Parlimen Mahasiswa peringkat IPTA dan nasional di Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini.
Semua IPTA kecuali Universiti Malaya menghadiri konvensyen empat hari itu dan bersetuju dengan pembentukan Parlimen Mahasiswa pada peringkat IPTA masing-masing seperti mana yang dipelopori USM.

Memorandum berkenaan diserahkan Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Sidang 2010/2011 yang juga Yang Dipertua MPP Universiti Teknologi Malaysia, Wan Ahmad Hazman Wan Daud kepada wakil Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Omar Osman.


Wan Ahmad Hazman, berkata langkah bagi membentuk Parlimen Mahasiswa peringkat nasional dilihat secara positif oleh setiap perwakilan.

“Parlimen Mahasiswa perlu wujud bukan saja di peringkat nasional malah di setiap IPTA bagi membolehkan hak dan suara mahasiswa mendapat perhatian sewajarnya.

“Saya pasti ia akan memberi kesan yang positif kepada pelajar sekali gus menggalakkan lagi usaha meningkatkan lagi keprihatinan mahasiswa terhadap pelbagai isu semasa,” katanya.

Dr Omar yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM pula berkata, memorandum itu akan diserahkan untuk dikaji dan dipertimbangkan Menteri Pengajian Tinggi.

“Kita berbangga kerana inisiatif penghasilan Parlimen Mahasiswa yang dicetuskan USM diterima baik semua MPP di peringkat IPTA dan USM sedia membantu dalam usaha merealisasikannya.

“Langkah mewujudkan parlimen itu penting bagi membolehkan pelajar terbabit secara aktif bukan saja dalam membincangkan isu berkaitan pelajar tapi juga pembangunan negara,” katanya.

Selain isu kebajikan pelajar, Parlimen Mahasiswa peringkat nasional turut menjadi wahana perbahasan isu dalam dan luar kampus sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

No comments:

Post a Comment